Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor

Memperkasakan Komuniti, Membina Masa Depan

Sejarah

MASYARAKAT MALABARI

MASYARAKAT MALABARI

Masyarakat Malabari adalah salah satu daripada etnik yang terdapat di negeri Johor selain daripada masyarakat Jawa, Bugis, Minangkabau dan Banjar. Adat budaya dan kesenian masyarakat Malabari mempunyai keunikannya yang tersendiri yang telah diwarisi sejak turun-temurun lagi. Kaum Malabar telah datang ke negeri Johor atas sebab hubungan perdagangan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah zaman Kepesatan industri getah di Tanah Melayu pada ketika itu. Mereka berasal dari Kerala, India yang berhijrah ke Kepulauan Melayu melalui jalan laut sambil menyebarkan ajaran Islam di sini. Antara penempatan-penempatan awal masyarakat Malabari di Johor adalah seperti di Johor Bahru, Ulu Tiram, Masai dan Renggam. Masyarakat Malabari masih lagi mengamalkan dan mengekalkan adat, budaya dan tradisi warisan mereka meskipun setelah meninggalkan kampung halaman nenek moyang mereka.

Masyarakat Malabari masih meneruskan pekerjaan tradisional seperti berniaga, bertani dan juga mengembala kambing, lembu dan kerbau di awal kedatangan mereka ke negeri Johor. Kaum wanita masyarakat ini juga memainkan peranan penting dalam mengekal dan mencorak kebudayaan mereka sebagai pendorong dalam keluarga bagi menempuh segala cabaran dan dugaan sepanjang penghijrahan mereka ke negeri Johor. Bahasa ibunda masyarakat Malabari adalah Bahasa Malayalam dan bahasa ini masih dikekalkan sebagai bahasa pengantar dan komunikasi dalam proses pembelajaran dan kehidupan seharian. Kaum Malabar adalah kaum yang sangat menitikberatkan kebudayaan dan adat resam tradisional

AHLI MAJLIS TERTINGGI

EN ABD MAJID BIN MAMI
PRESIDEN
EN ABD MAJID BIN MAMI
USTAZ MD RAFI BIN ABD RAHMAN
TIMBALAN PRESIDEN
USTAZ MD RAFI BIN ABD RAHMAN
EN SULAIMAN BIN MOIDEN
SETIAUSAHA KEHORMAT
EN SULAIMAN BIN MOIDEN
EN MOHAMED ISMAIL BIN MOHAMED KUTTY
BENDAHARI KEHORMAT
EN MOHAMED ISMAIL BIN MOHAMED KUTTY

EXCO PORTFOLIO

EN. SYED ALWI BIN MOHAMAD
EXCO EKONOMI & KEBAJIKAN
EN. SYED ALWI BIN MOHAMAD
EN. ALI BIN MAIDIN KUTTY
EXCO KEAHLIAN
EN. ALI BIN MAIDIN KUTTY
EN. HALIM BIN ABU BAKAR
PEN. SU & EXCO PEMUDA
EN. HALIM BIN ABU BAKAR
USTAZ MD RAFI BIN ABD RAHMAN
TIMB. PRESIDEN & EXCO AGAMA
USTAZ MD RAFI BIN ABD RAHMAN
CIKGU SULAIMAN BIN MOIDEN
SETIAUSAHA
CIKGU SULAIMAN BIN MOIDEN
HJ YUSOF ALI BIN MOHAMED
TIMBALAN EXCO AGAMA
HJ YUSOF ALI BIN MOHAMED
ZAHARAH BINTI HJ ABU BAKAR
EXCO HAL EHWAL WANITA
ZAHARAH BINTI HJ ABU BAKAR
MUHAMMAD RAZIK BIN NOUSHAD
TIMBALAN EXCO PEMUDA
MUHAMMAD RAZIK BIN NOUSHAD
HJ ABU BAKAR BIN MOHAMED
TIMBALAN EXCO KEBAJIKAN
HJ ABU BAKAR BIN MOHAMED
SAIRAH BINTI HUSIN HUSSIEN
TIMBALAN EXCO HAL EHWAL WANITA
SAIRAH BINTI HUSIN HUSSIEN
ABDUL AZIZ BIN ABDUL SATAR
EXCO MULTIMEDIA
ABDUL AZIZ BIN ABDUL SATAR
MOHAMMAD HASRAF BIN ZULKEFLI
TIMBALAN EXCO EKONOMI DAN KEBAJIKAN
MOHAMMAD HASRAF BIN ZULKEFLI

AKTIVITI

Majlis Pelancaran Dana RM1 Sehari JMMNJ

07/08/2019 hingga 07/08/2019
Wisma Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor
Majlis Pelancaran Dana RM1 Sehari JMMNJ yang disempurnakan oleh Sayed Hyderali Shihab Thangal